Pilihan ini mampu mengubah masa depan anak anda..
Membina Masa Depan Anak Yang Cerah Dengan Hanya Bermula Dari RM1?
Ya, tepat sekali. Jika anda ingin memastikan masa depan yang lebih baik pada anak-anak, anda sedang berada dilaman yang betul. Teruskan bacaan anda kerana saya yakin, anda pasti akan menemui sesuatu yang sangat berharga buat anda dan anak-anak nanti..

Dari meja Zulanisham Husin,
Teman,
Anak adalah anugerah Ilahi yang tidak ternilai buat pasangan ibu dan bapa. Saya sendiri adalah seorang ibu/bapa kepada ____ orang anak. Saya yakin anda juga seperti saya, ingin melihat anak-anak mempunyai masa depan yang cerah. Ramai ibu bapa sekarang termasuklah saya sendiri, memastikan anak-anak diberikan pendidikan yang seawal mungkin dengan harapan mereka menjadi pelajar yang cemerlang dibangku sekolah nanti.
Namun satu lagi perkara yang menjadi kerisauan saya apabila anak-anak semakin besar nanti, iaitu dari aspek kewangan. Kos pendidikan semakin meningkat setiap tahun dan situasi ini membimbangkan saya.
Apa perasaan anda apabila melihat raut wajah anak yang kecewa kerana tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti disebabkan masalah kewangan? Saya tidak sanggup. Apatah lagi jika mereka nak belajar atas dasar minat mereka yang mendalam terhadap suatu kursus yang ditawarkan di universiti nanti.
Mungkin anda boleh katakan masalah ini mudah saja diselesikan dengan membuat pinjaman pendidikan, namun perlu diingati, jumlah hutang pinjaman pendidikan bukanlah sedikit. Selepas menamatkan pengajian di universiti, sudah tentu anak saya juga memerlukan:
- Kereta sendiri untuk ke tempat kerja
- Berkahwin dengan gadis atau jejaka idaman
- Memiliki rumah sendiri
Semua ini perlukan duit. Risau saya bila melihat laporan akhbar sekarang yang mengatakan terlalu banyak lepasan universiti yang mempunyai masalah kewangan dan gagal membayar hutang PTPTN.
Malah, di usia yang muda lagi pun dah di senarai hitam di pengkalan data CCRIS (Central Credit Reference Information Systems). Mereka yang telah disenarai hitamkan, terpaksalah melupakan hasrat untuk memohon pinjaman peribadi, pinjaman kereta, pinjaman rumah, pinjaman perniagaan atau kad kredit. Saya tidak mahu perkara ini berlaku pada anak saya sendiri.
Biar saya kongsikan apa penyelesaiannya..
Menabung Mulai Hari Ini,
Elakkan Meminjam Esok Hari..
Saya sedar saya perlu memulakan satu simpanan khas sebagai tabung pendidikan anak-anak saya bermula semasa mereka kecil lagi. Inilah caranya yang saya mampu bantu mereka dimasa akan datang nanti. Jadi saya mula mencari apa skim simpanan pendidikan yang sesuai untuk saya.
Mungkin anda juga seperti saya, sedang tercari-cari apa yang pelan simpanan yang terbaik. Alhamdulillah, pencarian saya tamat dan keputusan saya muktamad, apabila diperkenalkan dengan skim simpanan pendidikan yang bukan saja sebagai tabung simpanan, tetapi mempunya 4 kriteria utama yang menjadi pilihan saya:
PERTAMA: Komitmen bulanan yang rendah.
Banyak komitmen lain yang perlu saya penuhi seperti hutan rumah, kereta dan lain-lain. Untuk simpanan saya boleh memulakan dengan komitmen bulanan yang rendah. Oleh itu, susuai sangatlah pelan simpanan ini untuk saya daftarkan untuk anak saya.
KEDUA: Patuh Syariah
Produk ini telah mendapat pengesahan syariah oleh Islamic Banking and Financial Institution of Malaysia (IBFIM). Ini memberikan satu kelegaan buat saya kerana dalam membuat simpanan, sudah tentu saya akan memilih skim simpanan yang patuh syariah. Takkan saya nak mencemari hasil simpanan saya selama ini dengan riba membawa dosa besar dan menghilangkan keberkatan. Sudah tentu tidaklah kan?
KETIGA: Simpanan dijamin Kerajaan
Jaminan ini sangat penting buat saya. Sudah tentu saya tidak ingin kehilangan hasil titik peluh saya selama ini. Anda tentu bersetujukan?
KEEMPAT: Manfaat perlindungan dan khairat kematian
Sebenarnya banyak lagi kelebihan lain, namun ini yang menjadi sebab paling utama kenapa saya menyertai skim simpanan ini. Apa nasib anak-anak saya jika dah sampai ajal saya sebelum mereka sempat ke universiti? Saya sering memikirkan persoalan ini. Namun skim simpanan ini juga memberikan manfaat perlindungan takaful dan khairat kematian. Saya pasti, jika sudah sampai ajal, anda juga ingin meninggalkan keluarga dengan sedikit bekalan wang bagi mereka meneruskan kehidupan bukan?
Jika ANDA MAHU MENIKMATI KELEBIHAN SEPERTI INI maka berGEMBIRAlah kerana anda sedang berada di laman yang betul.
Saya pasti anda nak tahu apakah skim simpanan yang menawarkan banyak kelebihan ini.. .
Memperkenalkan..

SSPN-i Plus Pelan Simpanan Terbaik Untuk Masa Depan Anak-Anak
Daftar SSPN-i Plus (Klik Sini)
Apa itu SSPN-i Plus?
SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan dengan dividen tinggi dan patuh syariah yang disediakan khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai skim simpanan untuk melanjutkan pendidikan peringkat universiti. Dengan kata lain, SSPN-i Plus mengguna pakai konsep simpanan secara komitmen bulanan. Jumlah simpanan adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.
Berbeza dengan akaun SSPN biasa, SSPN-i Plus ditambah baik penambahan dengan bayaran sumbangan takaful yang murah dan perlindungan yang komprehensif bergantung kepada pakej yang dipilih.
Komitmen bulanan ini sebenarnya adalah satu cara untuk kita sentiasa menabung secara konsisten setiap bulan dan dalam masa yang sama mendapat manfaat takaful yang disediakan dalam akaun SSPN-i Plus kita. Bagi yang sukar untuk menabung secara konsisten, ini adalah satu peluang yang baik untuk mulakan tabungan.

Akaun SSPN-i Plus boleh dibuka seawal usia 1 hari. Pelan simpanan ini patuh syariah kerana menggunakan konsep Wakalah Bil Istithmar bagi simpanan SSPN-i Plus dan menggunakan kontrak Wakalah bagi skim takaful yang ditawarkan.
SSPN-i Plus juga menyediakan pelbagai keistimewaan yang menjadikannya pelan simpanan pendidikan pilihan ramai.
Teruskan bacaan anda kerana saya ingin mendedahkannya satu demi satu!
Mulakan dengan RM1 sehari?
Mudahnya!
Komitmen bulanan adalah serendah RM30 sahaja bagi asas iaitu pakej Intan. Ini bersamaan dengan menabung sebanyak RM1 sehari. Hanya RM1 sehari saja pun sudah boleh memberi manfaat jangka masa panjang. Namun jika anda dapat memberikan komitmen bulanan yang lebih tinggi, saya amat menggalakkan anda mempertimbangkan pakej lain yang sudah tentunya memberikan hasil dan keistimewaan yang lebih baik.
Inilah pakej-pakej yang ditawarkan:

PAKEJ INTAN (RM 30.00 SEBULAN)
- Sasaran simpanan ialah RM 7,647.00 dalam masa 20 tahun.
- Jumlah maksimum perlindungan takaful ialah RM 40,000.00.
- Sesuai jika universiti awam sebagai pilihan untuk melanjutkan pengajian
- Mungkin perlu membuat pinjaman PTPTN atau mencari sumber kewangan lain sebagai tambahan.
Jika anda mampu menyumbangkan lebih dari RM30 sebulan saya amat mengesyorkan anda mempertimbangkan pakej lain yang lebih memberikan pulangan dan manfaat pada anda dan anak-anak.

PAKEJ DELIMA (RM 50.00 SEBULAN)
- Sasaran simpanan ialah RM 15,293.00 dalam masa 20 tahun.
- Jumlah maksimum perlindungan takaful ialah RM 40,000.00.
- Dapat menampung keseluruhan yuran pengajian di Universiti awam.
- Masih perlu mencari sumber kewangan lain untuk menampung kos sara hidup ketika belajar.

PAKEJ TOPAZ (RM 100.00 SEBULAN)
- Sasaran simpanan ialah RM 34,410.00 dalam masa 20 tahun.
- Jumlah maksimum perlindungan takaful ialah RM 40,000.00.
- Dapat menampung kos pengajian dan sara hidup di universiti awam.

PAKEJ ZAMRUD (RM 200.00 SEBULAN)
- Sasaran simpanan ialah RM 68,821.00 dalam masa 20 tahun.
- Jumlah maksimum perlindungan takaful ialah RM 80,000.00.
- Dapat menampung yuran pengajian di universiti swasta.
- Untuk menampung kos sara hidup, perlu mencari sumber kewangan lain

PAKEJ NILAM (RM 300.00 SEBULAN)
- Sasaran simpanan ialah RM 103,231.00 dalam masa 20 tahun.
- Jumlah maksimum perlindungan takaful ialah RM 120,000.00.
- Dapat menampung kos pengajian dan kos sara hidup bagi universiti swasta.
- gambar 9

PAKEJ BERLIAN (RM 500.00 SEBULAN)
- Sasaran simpanan ialah RM 76,467.00 dalam masa 20 tahun.
- Jumlah maksimum perlindungan takaful ialah RM 1,000,000.00.
- Dapat menampung kos pengajian dan kos sara hidup bagi universiti swasta.
- Perlindungan insurans yang jauh lebih besar berbanding pakej lain.
Secara ringkas, anda boleh membandingkan pakej-pakej yang ada dengan melihat jadual dibawah:

Dividen Kompetitif Memberikan
Manfaat Pelaburan Berganda!
SSPN-i Plus memberikan dividen yang lebih tinggi berbanding pelan simpanan yang lain. Nama pun simpanan, sudah pastinya anda mahu melihat duit anda berkembang saban tahunkan? Dengan kadar dividen yang lebih tinggi yang ditawarkan, anda boleh pasti, duit anda bakal berkembang dengan lebih cepat lagi.
Kadar Dividen SSPN-i Plus:
2010 – 3.25%
2011 – 3.75%
2012 sehingga 2016 – 4%
Menurut pengerusinya PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, pembayaran dividen SSPN-i dan SSPN-i Plus membabitkan peruntukan sebanyak RM76.74 juta yang akan memberi manfaat kepada lebih 2.6 juta pendeposit skim tersebut. Walaupun 2016 merupakan tahun mencabar kepada semua pihak, PTPTN masih berupaya mengekalkan kadar dividen SSPN-i dan SSPN-i Plus yang diberikan pada tahun lalu.
Bagi saya, kejayaan untuk mengekalkan kadar dividen walaupun dengan keaddan ekonomi yang sangat mencabar adalah sesuatu yang wajar dipuji.
Produk Patuh Syariah,
Simpan Tanpa Keraguan..
Untuk pengetahuan anda, SSPN-i Plus adalah produk patuh syariah yang menggunakan konsep Wakalah Bil Istithmar bagi simpanan SSPN-i Plus iaitu kontrak wakil dan kontrak pelaburan. Manakala bagi skim takaful pula menggunakan konsep Iltizam Bil Al Tabarru.
Produk ini telah mendapat pengesahan syariah oleh Islamic Banking and Financial Institution of Malaysia (IBFIM). Kini anda boleh menyimpan tanpa sebarang keraguan.
Simpan dengan selamat,
dijamin oleh kerajaan!
SSPN-i Plus ini dijamin oleh kerajaan Malaysia. Sekiranya organisasi SSPN-i atau PTPTN ditutup, disahkan bankrap atau mengalami kerugian, kerajaan Malaysia akan menggantikan semula wang anda. Oleh itu deposit anda di SSPN-i tidak hilang begitu sahaja seperti nasib yang berlaku kepada peserta Skim Cepat Kaya.
Manfaat Perlindungan Takaful
Untuk Keadaan Yang Tidak Dijangka
Dengan adanya manfaat takaful ini, belanja pendidikan anak dapat dilindungi dengan pampasan wang ringgit sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini kepada pendeposit.

Peserta SSPN-i Plus juga akan mendapat manfaat elaun harian hospital sekiranya terpaksa bermalam di mana-mana hospital.
Jika anda dimasukkan ke hospital, anda boleh mendapat elaun sehingga RM20 hingga RM200 sehari bergantung kepada pakej yang anda ambil. Elaun hospital ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban anda terutama ketika menghadapi masalah kewangan. Dengan simpanan yang rendah, anda sudah boleh menikmati elaun kemasukan ke hospital.
Tidak Perlu Pemeriksaan Kesihatan
Scara umumnya bakal perserta tidak dikehendaki membuat pemeriksaan kesihatan untuk melayakkan diri untuk manfaat takaful. Walau bagaimanapun perserta dikehendaki menjawab 3 soalan untuk Pakej Berlian. Sekiranya terdapat “Ya” di antara soalan tersebut, pemohon dikehendaki memilih pakej lain.
Sebanyak 36 Penyakit Kritikal Dilindungi Takaful
Selain itu, dengan pakej SSPN-i Plus, 36 penyakit kritikal dilindungi takaful seperti yang disenaraikan di bawah:
1. | Stroke | 19. | Major Organ/Bone Marrow Transplant |
2. | Heart Attack | 20. | Loss of Speech |
3. | End Stage Kidney Failure | 21. | Brain Surgery |
4. | Cancer | 22. | Heart Valve Surgery |
5. | Coronary Artery By-Pass Surgery | 23. | Terminal Illness |
6. | Other Serious Coronary Artery Disease | 24. | Bacterial Meningitis |
7. | Angioplasty And Other Invasive Treatment For Major Corornary Artery Disease | 25. | Major Head Trauma |
8. | End Stage Liver Failure | 26. | Chronic Aplastic Anaemia |
9. | Fulminant Viral Hepatitis | 27. | Motor Neurone Disease |
10. | Coma | 28. | Parkinson Disease |
11. | Benign Brain Tumor | 29. | Alzheimer’s Disease/ Irreversible Organic Degenerative Brain Disorders |
12. | Paralysis/ Paraplegia | 30. | Muscular Dystrophy |
13. | Blindess/Total Loss of Sight | 31. | Surgery to Aorta |
14. | Deafness/Total Loss of Hearing | 32. | Multiple Sclerosis |
15. | Major Burns | 33. | Primary Pulmonary Arterial Hypertension |
16. | HIV Due to Blood Tranfusion | 34. | Medullary Cystic Disease |
17. | End Stage Lung Disease | 35. | Severe Cardiomyopathy Systemic Lupus |
18. | Encephalitis | 36. | Eryhematosus with Lupus Nephritis |
Khairat Kematian – Perlindungan Sehingga
RM1 JUTA
Kini anda tidak perlu risau lagi berkenaan dengan pampasan untuk keluarga dan waris tersayang. Hanya memilih akaun simpanan yang betul, anda akan mendapat manfaat pampasan kematian. Caruman keatas akaun takaful memberikan manfaat Khairat Kematian sebanyak RM2,500 hingga RM18,000 mengikut pakej. Untuk makluman khairat kematian tersebut melindungi pendeposit, pasangan dan termsuk sehingga 3 orang anak. Pelan Pakej Berlian memberikan manfaat sehingga RM1,000,000.00 sekiranya berlaku kematian ke atas pendeposit akibat kemalangan dan RM500,000 akibat kematian biasa (sebab penyakit).
Jika ditakdirkan sudah sampai ajal sebelum anak-anak ke universiti, sekurang-kurangnya anda juga dapat meninggalkan keluarga dengan sedikit bekalan wang bagi mereka meneruskan kehidupan.

Dapat Berjimat Lagi Dengan
Pelepasan Taksiran Cukai
Berita gembira bagi anda yang membayar cukai setiap tahun. Inilah cara yang terbaik bagi mengurangkan cukai. Anda boleh menikmati pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih (jumlah simpanan – jumlah pengeluaran) tahun semasa sehingga RM12,000 setahun. Maksimum RM6,000 untuk bahagian simpanan di bawah SSPN dan maksimum RM6,000 lagi untuk bahagian takaful di bawah Insurans Nyawa dan KWSP.
Jumlah ini cukup banyak untuk mengurangkan cukai pendapatan anda untuk tahun semasa. Dengan erti kata lain, deposit anda sebenarnya ditangung oleh kerajaan Malaysia.
Layak Memohon Pinjaman PTPTN
Pihak PTPTN telah menetapkan syarat pembukaan akaun SSPN sebagai syarat kelayakan pembiayaan pinjaman pendidikan.
Pelaburan Membawa Tuah?
Cabutan bertuah setiap setiap tahun!
Menarik! Cabutan bertuah diadakan pada semua pendeposit SSPN-i Plus yang membuka akaun dan mengekalkan akaun dalam tempoh promosi. Mana tahu niat baik anda dibalas dengan hadiah cabutan bertuah yang menarik dari PTPTN! Lihat sendiri hadiah-hadiah menarik yang disediakan selama ini yang ditawarkan pada pendeposit SSPN-i Plus..


Hebat! Bagaimana untuk
mendaftar SSPN-i Plus ini ?
Amatlah mudah untuk mendaftar skim simpanan SSPN-i Plus ini. Anda tidak perlu bersusah-payah hadir dipejabat PTPTN untuk mendaftar kerana anda boleh mendaftar SSPN-i Plus dari laman ini saja.
Syaratnya juga mudah:

Daftar SSPN-i Plus (Klik Sini)
Klik butang di diatas dan isikan semua maklumat dengan tepat untuk mendaftar SSPN-i Plus dan mulakan titik perubahan sekarang juga untuk membantu memberikan masa depan yang cerah pada anak-anak anda.
Masih ragu-ragu?
Lihat testimonial mereka yang telah mendaftar..
SSPN-i Plus juga banyak menerima liputan berita dari pelbagai media tempatan!










Begitu banyak manfaat yang bagi mereka yang mendaftar SSPN-i Plus. Usah bertangguh lagi demi masa depan anak anda! Daftarlah sekarang dengan klik butang dibawah:
Nanti Dulu!
Bonus Pendaftaran SSPN-i Plus
Pemberian RM50 Kepada Pelajar Tahun 1
Di bawah Belanjawan 2017, semua pelajar tahun 1 di Sekolah Tanggungan Penuh Kerajaan akan mendapat geran sepadan sehingga RM50. Ini bermakna, jika anda membuka akaun baru dengan deposit minima RM50, anda akan mendapat tambahan RM50!
Saya pun nak bagi BONUS TAMBAHAN..!
Jika anda mendaftar dari laman ini, saya akan berikan beberapa BONUS tambahan
- BONUS 1: Ebook (contoh)
- BONUS 2: Ebook (contoh)
Saya berbesar hati ingin memberikan ke semua bonus ini kerana anda telah meluangkan masa mengunjungi lama ini dan mendaftar melalui link pendaftaran dibawah ini.
Daftar SSPN-i Plus (Klik Sini)
Sekarang pilihan ditangan anda. Usah bertangguh lagi..

Ramai yang telah mendapat menyedari manfaat dari SSPN-i Plus ini. Saya telah huraikan kesemua manfaatnya. Daftarlah segera kerana lagi cepat anda daftar, lagi bagus untuk kebaikan anak-anak anda.
Mulakan langkah sekarang sebagai tanda kasih sayang anda pada anak-anak. Mereka pasti akan berterima kasih di masa hadapan nanti kerana pilihan bijak anda hari ini!
Daftar SSPN-i Plus (Klik Sini)
Yang ingin membantu,
Zulanisham Husin
P/S: Ramai yang berimpian untuk masuk ke universiti, namun tidak kesampaian kerana masalah kewangan. Menabung dari awal adalah penyelesaian yang amat digalakkan.
P/S: SSPN-i Plus akan membantu meringankan beban anak anda pada masa hadapan nanti. Mereka pasti akan berterima kasih pada anda kerana telah mendaftar skim ini semenjak mereka kecil lagi.
P/S/S: Kenapa perlu bertangguh jika anda benar-benar menyanyangi anak anda? Buatlah keputusan yang dapat sewajarnya untuk kebaikan anak-anak. Klik butang pndaftaran sekarang!