Simpanan SSPN-iPlus merupakan suatu bentuk pelan simpanan yang patuh syariah dan mempunyai berbagai manfaat. Untuk membuka akaun SSPN-iPlus, ada beberapa syarat yang perlu anda patuhi. Anda mestilah warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun sehingga 64 tahun untuk melayakkan diri anda bagi membuka akaun SSPN-iPlus untuk diri sendiri. Begitu juga syaratnya jika anda ingin membuka akaun untuk anak atau anak jagaan yang sah. Mereka juga haruslah merupakan warganegara Malaysia dan berumur dari 1 hari sehingga sebelum mencapai umur 29 tahun.
Bagi seorang individu (pendeposit), hanya satu akaun dengan mana-mana satu pakej sahaja dibenarkan dibuka dibawah nama pendeposit tersebut. Namun, seorang pendeposit boleh membuka sebanyak mungkin akaun bagi penerima manfaat yang berlainan iaitu mereka yang merupakan anak atau anak jagaan yang sah pendeposit sahaja bagi pkaje yang sama atau berlainan kecuali pakej Berlian yang telah dihadkan kepada 2 akaun sahaja untuk seorang pendeposit.
Bagi penerima manfaat pula, mereka boleh mempunyai lebih daripada satu akaun. Tetapi ada syarat yang harus dipenuhi iaitu pembukaan akaun mestilah dibuat oleh pendeposit yang berbeza. Akaun tersebut boleh dibuka untuk diri sendiri, dibuka oleh ibu bapa atau dibuka oleh penjaga yang sah. Maksudnya disini, bagi seorang penerima manfaat, dia hanya boleh mempunyai sebanyak 2 akaun sahaja.
Bagi tujuan pembukaan akaun SSPN-iPlus, anda boleh melakukannya secara atas talian atau dalam bahasa inggerisnya anda boleh membukanya secara online. Senang sahaja proses pembukaan akaun SSPN-iPlus secara online ini. Ia dapat menjimatkan masa anda berbanding masa yang diambil anda untuk mendaftar di pejabat PTPTN. Ikuti langkah-langkah yang dinyatakan dibawah. Langkah yang ditunjukkan dibawah merupakan langkah sekiranya anda ingin membuka akaun untuk diri anda sendiri.
1 . Layari Laman Web SSPN-iPlus
Untuk bermula, sila layari laman web ini : https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/
Selepas anda melayari laman web tersebut, anda akan melihat laman utama seperti berikut.

Kemudian klik pada “Pembukaan Akaun”.
2 . Maklumat Akaun
Terdapat 5 bahagian yang perlu anda isikan sebaik sahaja selepas anda klik “Pembukaan Akaun”. Bahagian pertama yang anda perlu isi adalah maklumat akaun. Arahan jelas diberikan pada bahagian kiri setiap ruangan yang anda perlu isi untuk memudahkan proses pengisian dan pembukaan akaun anda.

3 . Maklumat Pakej
Sebaik sahaja anda selesai mengisi maklumat akaun anda, klik butang “Seterusnya” yang terdapat dibahagian bawah untuk anda meneruskan proses pembukaan akaun anda dengan mengisi bahagian maklumat pakej pula. Bahagian ini mudah sahaja. Anda hanya perlu memilih pakej yang anda inginkan.

Maklumat pakej adalah seperti berikut.


4 . Maklumat Peribadi
Bahagian ketiga merupakan bahagian dimana anda perlu mengisi maklumat peribadi anda untuk tujuan pembukaan akaun.SSPN-iPlus ini. Isi maklumat anda selngkapnya atau anda tidak dapat untuk ke bahagian seterusnya dan pastikan segala maklumat yang diberikan adalah tepat untuk mengelakkan sebarang kesulitan dikemudian hari nanti.

5 . Kaedah Potongan
Pada bahagian ini, anda perlu memasukkan amaun bayaran anda berdasarkan pakej yang telah anda pilih. Minimum amaun bayaran yang boleh dilakukan adalah 2 bulan. Disini juga anda perlu memilih kaedah bayaran iaitu menerusi potongan gaji ataupun auto debit. Setiap pilihan yang dibuat, anda perlu memasukkan butiran yang diperlukan samada butiran maklumat mengenai majikan anda atau maklumat kad debit anda. Semuanya bergantung kepada pilihan kaedah bayaran anda.

6 . Kaedah Bayaran
Ini merupakan bahagian terakhir. Selesai bahagian ini maka selesailah sudah proses anda untuk membuka akaun SSPN-iPlus anda. Mudah bukan? Sekarang merupakan zaman dimana semuanya dihujung jari anda sahaja. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar akaun SSPN-iPlus sekarang.
Daftar secara online disini –> https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/Register.aspx?id=000006186

Leave a Reply