
SSPN i-Plus merupakan suatu bentuk pelan simpanan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Fokus utama pelan simpanan ini adalah untuk pendidikan tinggi. Konsep teras SSPN i-Plus adalah simpanan dengan komitmen bulanan yang rendah dan berpatutan. Jumlah simpanan pula bergantung kepada jenis pakej yang dipilih. Pelan simpanan yang ditawarkan adalah patuh syariah yang menggunakan konsep Wakalah Bil Istithmar bagi simpanan dan menggunakan kontrak Wakalah bagi skim takaful yang ditawarkan.
Pakej Simpanan SSPN i-Plus

Terdapat 6 pakej yang ditawarkan bermula dari serendah RM30 sebulan sehinggalah RM500 sebulan. Anda perlu tahu bahawa tiada pemeriksaan kesihatan atau laporan perubatan diperlukan bagi membuka akaun SSPN i-Plus. Namun begitu, bagi pakej Berlian, anda perlu menajawab 3 soalan kesihatan yang terdapat dalam borang pembukaan akaun. Sekiranya terdapat satu atau lebih jawapan YA bagi soalan-soalan tersebut maka anda secara automatik GAGAL untuk mengambil pakej Berlian. Walau bagaimanapun anda masih LAYAK untuk memohon pembukaan akaun bagi pakej-pakej lain.
Jika anda mempunyai penyakit kritikal, anda hanya boleh membuka akaun bagi pakej Intan, Delima, Topas, Zamrud dan Nilam sahaja.
Keistimewaan SSPN i-Plus
SSPN i-plus menawarkan berbagai keistimewaan untuk anda. Manfaat yang ditawarkan juga mampu untuk menjamin masa depan pendidikan anda dan juga anak-anak anda. Antara keistimewaan SSPN i-Plus adalah:
- Simpanan dijamin kerajaan
- Dividen kompetitif
- Pelepasan taksiran cukai sehingga RM2000
- Khairat kematian termasuk pasangan dan sehingga 3 orang anak
- Elaun kemasukan hsopital
- Manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal
- Tiada pemeriksaan kesihatan
- Komitmen serendah RM30 sebulan
- Layak memohon pinjaman PTPTN

*Elaun kemasukan hospital sehingga had maksimum 52 minggu
Manfaat takaful boleh dituntut mengikut tempoh menunggu berikut:


Siapakah Yang Layak Membuka Akaun SSPN i-Plus?
Pembukaan akaun SSPN i-Plus boleh dilakukan untuk diri sendiri dan anak atau anak jagaan yang sah dan merupakan warganegara Malaysia yang berumur dari 18 tahun sehingga umur 64. Bagi pembukaan akaun untuk anak atau anak jagaan yang sah pula, anak atau anak jagaan yang sah tersebut haruslah merupakan warganegara Malaysia dan berumur dari 1 hari sehingga 29 tahun.
Sekiranya anak atau anak jagaan yang sah (penerima manfaat) telah mencapai umur 29 tahun, anda (pendeposit) tidak boleh untuk meneruskan simpanan. Penerima manfaat haruslah membuka akaun atas nama mereka sendiri sekiranya ingin meneruskan simpanan.
Jika penerima manfaat meninggal dunia, sebaik sahaja maklumat mengenai kematian diterima daripada pendeposit, akaun akan ditutup dan dokumen lengkap hendaklah disediakan oleh pendeposit untuk tujuan tuntutan kairat kematian. Begitu juga halnya untuk pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih yang dibuat. Pendeposit akan hilang kelayakan pelepasan taksiran cukai tersebut dan akaun akan ditutup serta segala keistimewaan akan terbatal serta merta.
Bagaimanakah Cara Untuk Membuka Akaun SSPN i-Plus
Anda boleh membuka akaun SSPn i-Plus menerusi 2 cara iaitu:
1 . Kaunter PTPTN
Akaun SSPN-i Plus boleh dibuka di kaunter PTPTN dan melalui Eksekutif Pemasaran (EP) PTPTN di seluruh negara. Dokumen berikut HENDAKLAH dibawa semasa membuka akaun:
- MyKad/Kad Tentera/Kad Polis pemohon (salinan asal)
- Sijil Kelahiran/MyKid/MyKad anak (salinan asal)
- Surat Akuan Berkanun/Sijil Anak Angkat (bagi ibu bapa yang ingin membuka akaun bagi anak angkat di bawah jagaan sah mereka)
2 . Pendaftaran Online
Anda boleh ke https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/Register.aspx untuk pendaftaran secara online. Panduan disertakan sewaktu anda mengisi borang online di link tersebut untuk memudahkan proses anda membuka akaun.
Jika anda berminat untuk membuka akaun dan mendapatkan manfaat yang ditawarkan, jangan bertangguh. Daftar sekarang dan buka akaun anda. SSPN i-Plus merupakan suatu bentuk pelan simpanan yang mampu menjamin masa depan anda dan keluarga.

Leave a Reply