Anda pernah mendengar mengenai SSPN-iPlus? Ia merupakan suatu skim atau pelan simpanan yang dirangka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) sebagai salah satu langkah penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. Jangan risau kerana SSPN-iPlus merupakan suatu bentuk pelan simpanan yang patuh syariah. yang menggunakan konsep Wakalah Bil Istithmar bagi simpanan dan menggunakan kontrak Wakalah bagi skim takaful yang ditawarkan. Dah yakin? Jom sambung dan belajar secara lebih terperinci mengenai manfaat yang ditawarkan oleh SSPN-iPlus.
SSPN i-plus menawarkan berbagai manfaat dan keistimewaan untuk anda. Manfaat dan keistimewaan yang ditawarkan juga mampu untuk menjamin masa depan pendidikan anda dan juga anak-anak anda. Antara manfaat dan keistimewaan SSPN i-Plus adalah:
- Simpanan dijamin kerajaan
- Dividen kompetitif
- Pelepasan taksiran cukai sehingga RM2000
- Khairat kematian termasuk pasangan dan sehingga 3 orang anak
- Elaun kemasukan hospital
- Manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal
- Tiada pemeriksaan kesihatan
- Komitmen serendah RM30 sebulan
- Layak memohon pinjaman PTPTN
Jika anda bertanya jumlah manfaat yang anda akan peroleh dalam bentuk wang, semuanya bergantung kepada pakej yang anda pilih. Pakej pilihan anda yang akan menentukan jumlah yang anda akan perolehi. Jangan risau sekiranya anda mengambil pakej yang paling murah sekalipun, manfaatnya tetap besar nilainya. Jangan terburu-buru dalam membuat pertimbangan untuk memilih pakej yang anda inginkan. Lihat kemampuan kewangan anda dahulu kerana SSPN-iPlus menawarkan pakej serendah RM30 untuk anda. Ia umpama anda menyimpan RM1 sehari bagi tujuan pembayaran pakej tersebut. Lihat gambar dibawah untuk melihat tawaran pakej yang ditawarkan oleh SSPN-iPlus.

Untuk mengetahui berapa sumbangan takaful bagi setiap pakej, lihat bahagian bertanda merah pada gambar diatas. Bagi tiga pakej pertama iaitu Intan, Delima dan Topas, sumbangan takafulnya adalah RM 10. Namun, yang membezakan mereka adalah dari segi simpanan SSPN-iPlus. Disebabkan itu, jumlah komitmen bulanan adalah berbeza walaupun mempunyai jumlah sumbangan takaful yang sama. Dibawah ini pula merupakan jumlah atau nilai manfaat yang bakal anda peroleh berdasarkan sumbangan takaful anda.

Perbezaan antara SSPN-i Plus dengan SSPN-i:
| Perkara | SSPN-iPlus (SSPN-i + Takaful) | SSPN-i |
| Komitmen Minimum | Serendah RM30/ sebulan. | Tiada |
| Sumbangan Takaful | Serendah RM10 sebulan atau mengikut pakej yang dipilih. | Percuma (layak hanya kepada pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas) |
| Manfaat Takaful | a) Manfaat kematian/ ilat kekal (kemalangan) sehingga RM1,000,000. | a) Manfaat kematian/ ilat kekal (kemalangan) (Ringgit ke Ringgit). |
| b) Manfaat kematian/ ilat kekal (biasa) sehingga RM500,000. | b) Manfaat kematian/ ilat kekal (biasa) (Ringgit ke Ringgit). | |
| c) Manfaat ilat kekal separa sehingga RM100,000. | c) Tiada | |
| d) Manfaat 36 penyakit kritikal sehingga RM100,000. | d) Tiada | |
| e) Elaun kemasukan hospital sehingga RM200 sehari. | e) Tiada | |
| f) Khairat kematian mengikut pakej:
(i) Pendeposit – sehingga RM18,000, (ii) Pasangan – sehingga RM9,000, dan (iii) 3 anak – sehingga RM2,000 seorang. |
f) Khairat kematian bagi:
(i) Pendeposit – RM2,000, dan (ii) Penerima manfaat – RM500 |
|
| Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan | a) Sehingga RM6,000 setahun berdasarkan simpanan bersih SSPN-i dan SSPN-i Plus tahun semasa. | a) Sehingga RM6,000 setahun berdasarkan simpanan bersih SSPN-i dan SSPN-i Plus tahun semasa. |
| b) Menikmati tambahan pelepasan taksiran cukai iaitu sehingga RM6,000 setahun berdasarkan bayaran sumbangan takaful tahun semasa. | b) Tiada | |
| Geran Sepadan (Insentif kemasukan ke IPT) | Tiada. | Sehingga RM10,000 bagi satu keluarga yang layak. |
| Syarat Pembukaan Akaun | Mana-mana warganegara Malaysia boleh membuka akaun untuk:
a) Diri sendiri. b) Anak sendiri, dan c) Anak jagaan yang sah. |
Mana-mana warganegara Malaysia boleh membuka akaun untuk:
a) Diri sendiri, b) Anak sendiri c) Anak jagaan yang sah d) Mana-mana warganegara Malaysia yang lain berumur tidak melebihi 28 tahun |
Banyak sebenarnya manfaat yang bakal anda perolehi dengan membuka akaun SSPN-iPlus. Bagi anda yang sudah mempunyai akaun SSPN-i anda masih boleh untuk membuka akaun SSPN-iPlus. Tiada masalah. Anda boleh membuka akaun SSPN-iPlus tanpa perlu untuk anda menutup akaun SSPN-i anda. Jadi tunggu apa lagi? Jom buka akaun SSPN-iPlus sekarang.
Daftar secara online disini–> https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/Register.aspx?id=000006186

Leave a Reply