Saya berani jamin anda sudah banyak kali mendengar akan pelan insurans bagi pendidikan anak-anak dan juga SSPN-iPlus. Ada diantara anda yang memahami kewujudan dan konsep pelan-pelan ini, namun tidak kurang juga mereka yang masih belum mempunyai sebarang idea akan hal ini. Jika begitu, saya amatlah menggalakkan anda supaya membaca apa yang saya ingin kongsikan dalam artikel kali ini. Menerusi artikel ini, saya akan bincangkan mengenai perbezaan insurans pendidikan anak-anak dan jua SSPN-iPlus.
Insurans pendidikan anak-anak merupakan suatu bentuk pelaburan yang dapat membantu individu untuk memberikan sejumlah wang kepada anak-anak ketika anak-anak mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Selalunya pelan-pelan insurans ini memerlukan anda untuk bermula dari anak-anak anda masih kecil lagi dengan jumlah komitmen bulanan yang agak besar. Sementara itu, SSPN-iPlus pula merupakan suatu bentuk pelan simpanan yang patuh syariah dan bertujuan sebagai penabungan pendidikan tinggi anak-anak anda disamping menawarkan manfaat takaful serta pakej-pakej yang ditawarkan amatlah berpatutan.
Manfaat yang diberikan oleh insurans pendidikan anak-anak tidaklah sebanyak manfaat yang mampu ditawarkan oleh SSPN-iPlus. Bagi insurans pendidikan anak-anak, ia merupakan suatu bentuk simpanan yang tidak dijamin kerajaan yang bermaksud ia merupakan suatu bentuk simpanan yang mempunyai risiko kerugian yang sangat tinggi. Bagi SSPN-iPlus pula, pendeposit tidak perlu untuk risau mengenai kerugian kerana ia merupakan suatu bentuk pelan simpanan yang dijamin kerajaan. SSPN-iPlus juga memberikan dividen yang lebih tinggi berbanding akaun simpanan biasa.
Bagi manfaat takaful pula, insurans pendidikan anak-anak, anak merupakan insured atau mereka yang menyertai atau meminta insurans. Individu mempunyai hak kebebasan memilih jenis manfaat takaful bergantung kepada keperluan dan bajet individu tersebut. Ada sesetngah darinya memerlukan anda melakukan pemeriksaan kesihatan. Menerusi SSPN-iPlus pula, pendeposit merupakan insured manakala anak mereka pula merupakan penerima manfaat. Dari segi manfaat takaful pula, SSPN-iPlus menghadkannya kepada benda-benda seperti dibawah:
- Kematian akibat kemalangan
- Kematian biasa
- 36 penyakit kritikal
- Elaun harian hospital
- Kos pengebumian
Bagi SSPN-iPlus, ia tidak memerlukan sebarang pemeriksaan kesihatan cuma bagi sesetengah pakej, ada ditanya mengenai tahap kesihatan.
Bagi jumlah komitmen bulanan pula, insurans pendidikan anak-anak tidak tetap jumlahnya dan ia bergantung dan ditentukan oleh perkara-perkara berikut:
- Umur
- Jantina
- Pekerjaan
- Tinggi atau berat
- Rekod kesihatan
- Merokok atau pengambilan alkohol
- Rekod keluarga
Sementara itu pula, bagi SSPN-iPlus, jumlah komitmen bulanannya pula adalah tetap dan tidak berdasarkan perkara-perkara seperti insurans pendidikan anak-anak. Jumlah tersebut adalah berdasarkan pakej pilihan masing-masing. Terdapat 6 pakej SSPN-iPlus yang ditawarkan dan ia bermula serendah RM30 sebulan. Walaupun jumlah komitmen bulannya rendah, anda tetap mampu untuk memperoleh jumlah manfaat yang agak besar. Lebih besar jumlah komitmen bulanan anda, lebih besar manfaatnya. Lihat kemampuan kewangan anda terlebih dahulu sebelum anda membuat keputusan. Lebih baik anda mengambil pakej termurah berbanding tidak mengambil sebarang pakej. Anda boleh lihat gambar dibawah untuk melihat pakej-pakej yang ditawarkan oleh SSPN-iPlus, jumlah komitmen bulanan, jumlah sumbangan takaful dan jumlah simpanan.

Dari segi pelepasan taksiran cukai pula, bagi insurans pendidikan anak-anak, pelepasan taksiran cukainya adalah RM3000. Bagi SSPN-iPlus pula ia menawarkan pelepasan taksiran cukai sebanyak RM 12000. Selain itu, ia turut menawarkan berbagai lagi tawaran menarik untuk anda. Antara tawaran tersebut adalah:
- Pelepasan taksiran cukai sehingga RM 12000
- Simpanan dijamin kerajaan
- Dividen yang sangat kompetitif
- Manfaat perlindungan mencecah RM 1 juta tanpa sebarang pemeriksaan kesihatan
- Cabutan hadiah
- Pakej termurah adalah RM30 sebulan yang bersamaan RM 1 sehari
- Bermula pada 2017, menerusi bajet 2017, bagi murid darjah satu ditawarkan simpan RM50 percuma RM 50


Leave a Reply